Friday, May 14, 2010

CABARAN KEPADA EMPAT IPTA

KUALA LUMPUR - Empat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang diistihar sebagai universiti penyelidikan perlu mewujudkan satu mekanisme menilai sumbangan sebenar hasil pengkomersialan pembangunan dan penyelidikan (R&D) kepada ekonomi.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, empat IPTA terlibat ialah Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.
Beliau berkata, kementerian hanya mempunyai data peruntukan R&D di setiap universiti tetapi tidak meliputi sumbangan daripada hasil R&D yang dikomersialkan.
''Saya harap universiti terbabit bukan sahaja meningkatkan kerja-kerja R&D tetapi juga menentukan hasilnya kepada negara'.

No comments:

Post a Comment